HULU LANGAT, 13 Jun – Prof. Dr. Siti Hamidah Mohd Setapar mengetuai Program Pemerkasaan Keusahawanan Komuniti Orang Asli di Kuala Pangsun menerusi Program Pemindahan Ilmu – Geran Inovasi Penyelidikan (KTP-RIG) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi memperkasa komuniti melalui pemindahan ilmu keusahawanan dan inovasi.

Program ini dilaksanakan sebagai usaha meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan komuniti Orang Asli untuk meneroka bidang keusahawanan sebagai salah satu alternatif menjana pendapatan serta meningkatkan taraf sosioekonomi. Inisiatif ini mencerminkan peranan keusahawanan sebagai medium menjana pendapatan, malah mampu membina keyakinan diri, mengubah kehidupan dan memperkukuh kesejahteraan komuniti.

Peserta diberi penerangan mengenai peluang keusahawanan dan penjanaan pendapatan

Sepanjang program berlangsung, peserta mengikuti pelbagai sesi perkongsian ilmu yang memberi tumpuan kepada asas keusahawanan, pemasaran produk kesihatan, penggunaan platform digital, komunikasi bersama pelanggan serta pengurusan asas perniagaan. Pendekatan pembelajaran yang bersifat interaktif dan praktikal membolehkan peserta memahami konsep keusahawanan dengan lebih mudah, sekali gus meningkatkan kesediaan mereka untuk menceburi bidang perniagaan.

Selain itu, peserta turut didedahkan kepada peluang menjana pendapatan sebagai ejen atau penjual semula (reseller) produk kesihatan dan penjagaan diri. Pendedahan ini memberi pendedahan baharu kepada peserta bahawa peluang perniagaan boleh dimulakan secara berperingkat dengan modal yang bersesuaian serta memanfaatkan platform digital sebagai medium pemasaran yang lebih luas.

Program ini turut memberi ruang kepada peserta untuk berkongsi pengalaman, cabaran dan aspirasi dalam usaha membina sumber pendapatan yang lebih stabil. Melalui sesi dialog dan perbincangan bersama fasilitator, peserta dapat memahami realiti dunia keusahawanan daripada perspektif usahawan sebenar, sekali gus memperoleh motivasi untuk terus berusaha membangunkan potensi diri.

Menurut maklum balas peserta, ramai yang sebelum ini kurang yakin untuk memulakan perniagaan kerana bimbang menghadapi kegagalan serta tidak mempunyai pengalaman. Namun, selepas mengikuti program ini, mereka lebih berani mencuba, lebih yakin terhadap kebolehan diri dan mula melihat keusahawanan sebagai satu peluang untuk meningkatkan taraf hidup keluarga.

Peserta mencuba produk melalui aktiviti latihan keusahawanan secara praktikal

Program ini turut memanfaatkan pengalaman Prof. Dr. Siti Hamidah Mohd Setapar sebagai penyelidik dan usahawan dalam berkongsi ilmu berkaitan pembangunan produk berasaskan penyelidikan, strategi pemasaran serta pengkomersialan inovasi. Perkongsian tersebut memberi inspirasi kepada peserta bahawa ilmu, penyelidikan dan keusahawanan mampu bergerak seiring dalam melahirkan usahawan komuniti yang berdaya saing.

Secara keseluruhannya, program ini dilihat dapat meningkatkan kesedaran, keyakinan dan minat peserta terhadap bidang keusahawanan. Diharapkan usaha seumpama ini dapat diteruskan bagi memperkukuh pemindahan ilmu daripada universiti kepada masyarakat serta melahirkan lebih ramai usahawan komuniti yang mampu menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi komuniti Orang Asli.

Sesi bergambar pada majlis penutup program sebagai simbolik jalinan kerjasama antara UTM dan komuniti Orang Asli Kuala Pangsun

Read more on UTM Newshub