+6 03 2203 1517 mjiit@utm.my
Select Page
RAKAN NADMA 2030: Platform DRR & Wadah Perjuangan Sektor Kemanusiaan dan Sukarelawan di Malaysia

RAKAN NADMA 2030: Platform DRR & Wadah Perjuangan Sektor Kemanusiaan dan Sukarelawan di Malaysia

Putrajaya, 8hb Oktober 2024Konvensyen RAKAN NADMA yang julung kali diadakan di negara ini pada 08 Oktober 2024 dianjurkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama pintar Disaster Preparedness and Prevention Centre (DPPC), Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur sempena sambutan bulan kesiapsiagaan nasional dan hari sedunia, International Day for Disaster Risk Reduction (IDDRR) selaras dengan sasaran United Nations Office for Disaster Risk Reduction  (UNDRR) Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030 (SFDRR2030).

Satu lagi usaha yang telah dilakukan dalam memartabatkan dan meraikan peranan, sumbangan dan komitmen rakan-rakan NGO di bawah payung RAKAN NADMA dalam pengurusan bencana. Pelbagai pihak agensi kerajaan mahupun NGO kini mempunyai matlamat dan keinginan yang sama untuk membantu rakyat dalam menangani impak sesuatu bencana. Melalui penganjuran konvensyen yang mengangkat model kerjasama unik dengan pembabitan agensi kerajaan, NGO, GLC/swasta akademia, dan jaguh setempat (local champion) rentas sektor dan kepakaran yang diterajui oleh NADMA untuk memperkukuhkan konsep “shared responsibility” ke arah menyokong aspirasi nasional terhadap agenda pengurangan risiko bencana (DRR) dan pengukuhan daya tahan.

Pengisian utama Konvensyen RAKAN NADMA 2024 dimulai dengan sidang Transformasi DRR dalam menghubungkan visi global dengan tindakan tempatan yang dikongsikan oleh panel pakar dari Jepun, Profesor Masahiko Horie (Pegawai Khas dan Duta Hal Ehwal Alam Sekitar Global, Kementerian Luar Negeri Jepun / Penasihat Khas kepada Pengerusi Universiti Meiji, Jepun) dan Profesor Izumi Takako (Profesor International Research Institute of Disaster Science (IRIDeS), Tohoku University, Jepun)

Selain itu, pentas syarahan dan dialog transformasi DRR juga memberi ruang perkongsian pengalaman bersama pengurus bencana dan jaguh setempat (local champion)  dengan topik-topik menarik melalui penceritaan pengalaman dan perkongsian kisah lapangan semasa bencana besar melanda Malaysia.

Matlamat utama hari sambutan sedunia IDDRR 2024 adalah “Empowering the next generation for resilient future” melalui tema “the role of education in protecting and empowering youth for disaster-free future”. Usaha ini dapat dilihat melalui kerjasama NADMA, UNICEF dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui projek berimpak tinggi dalam memperkasakan daya tahan wanita, kanak-kanak dan OKU.

Majlis Perasmian Konvensyen RAKAN NADMA 2024 dan Pelancaran Pelan Rejuvenasi RAKAN NADMA 2030 disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat. Dalam ucapan YAB TPM menyatakan kerajaan telah selari dengan komitmen kerajaan terhadap Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030 yang menjadi panduan pengurusan bencana di antarabangsa, di mana penglibatan ahli akademia dari Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur dalam projek-projek berimpak tinggi dengan pihak NADMA merupakan salah satu usaha yang telah dilaksanakan.

 

Kehadiran NGO yang bernaung di bawah payung RAKAN NADMA pada hari ini mewakili suara sukarelawan seramai 27,000 orang sejak penubuhannya pada tahun 2016 melalui ikrar komitmen yang akan dilafazkan menyatakan usaha dalam menambahbaik sistem pengurusan bantuan bencana terutama yang berskala besar.

Tiga (3) tonggak utama pemacu pencapaian RAKAN NADMA iaitu:

  1. Pembangunan Kapasiti dan Kepakaran
  2. Pengukuhan Daya Tahan Komuniti, dan
  3. Penyelarasan Operasi dan Koordinasi

Ruang reruai juga disajikan dengan mengetengahkan tema pameran yang berbeza termasuk 10 tahun memperingati Bah Kuning, kesiapsiagaan bencana, teknologi/inovasi, kisah lapangan dan simulasi pusat pemindahan sementara (PPS).

Sesi penutup disajikan dengan demonstrasi menyelamat di aras tinggi “vertical rescue” oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) NADMA. Pasukan SMART NADMA yang ditubuhkan pada Ogos 1995 di bawah Arahan No.19 Majlis Keselamatan Negara (MKN) berikutan kejadian keruntuhan pangsapuri Highlands Towers pada tahun 1993, merupakan kebanggaan dan aset negara.

Semoga pelancaran Pelan Rejuvenasi RAKAN NADMA 2030 menjadi asas utama dan panduan bersama untuk memperkasakan kapasiti NGO dan pihak berkepentingan dalam pengurusan bantuan bencana dan kerja-kerja kemanusiaan. Platform RAKAN NADMA akan terus menyokong agenda global dan aspirasi serantau ke arah mempromosikan budaya daya tahan (resilience culture) tempatan.

Dr Khamarrul, pengarah DPPC menyatakan “RAKAN NADMA menjadi pentas utama dan wadah perjuangan pemain-pemain kemanusiaan dan sukarelawan tempatan pelbagai sektor dan kepakaran dalam kesiapsiagaan tindakbalas, intervensi, pemulihan dan pengurangan impak bencana cetusan perubahan iklim, konflik dan aktiviti antropogenik.”

Revolusi penting dalam dunia bencana negara telah mengangkat model Humanitarian-Development Nexus (HDN) berasaskan prinsip kerja-kerja kemanusiaan dan keperluan agenda pembangunan yang diterapkan dalam pelaksanaan dan pemantauan program berimpak di bawah RAKAN NADMA. Program tersebut turut dibiayai oleh badan-badan korporat dan penyumbang dana termasuk Government-Linked Companies (GLC) dan Government-Linked Investment Companies (GLIC) Demi Rakyat dan Negara (GDRN).

Ke arah usaha mengukuhkan persiapan dan mekanisma pengurusan bencana, RAKAN NADMA akan terus menerajui dunia kemanusiaan dan pembangunan, serta membawa bendera Malaysia ke pentas dunia dalam penyaluran bantuan di luar negara akibat krisis kemanusiaan, konflik, dan bencana besar.

Ayuh memartabatkan sektor kemanusiaan dan mengiktirafkan peranan/sumbangan sukarelawan.

 

DAYA TAHAN BENCANA,

BUDAYA UNIK KITA BERSAMA

 

Berita RTM : https://youtu.be/KiWVft12v_I?si=asD9pppI0RgwHF6l

Pelancaran Resilience Living Lab Pasir Mas: Mengukuhkan pemulihan bencana di Kelantan

Pelancaran Resilience Living Lab Pasir Mas: Mengukuhkan pemulihan bencana di Kelantan

PASIR MAS, 22 Julai 2024 –  Pelancaran Resilience Living Lab Pasir Mas 2030 sejajar pelaksanaan Bengkel Pemulihan Bencana Berdaya Tahan (Penilaian Keperluan Pasca Bencana, PDNA) pada 22 Julai 2024 di Negeri Kelantan yang merupakan bukti komitmen pelbagai pihak berkepentingan (kerajaan-NGO-akademia-swasta) dalam mengangkatkan agenda pengurangan risiko bencana di Malaysia.

Pembangunan kaedah pendataan dan pemetaan PDNA dibuat berdasarkan bencana banjir rentas sempadan pada Februari dan Disember 2022 melibatkan lembangan Sungai Golok yang bersempadan antara Malaysia (seluas 1028km2, 47%), dan Thailand (seluas 1147km2, 53%).

Pelancaran Resilience Living Lab 2030 telah dirasmikan oleh YAB Tn Haji Nik Mohamed Noor bin Nik Ishak, Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana Negeri Kelantan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, dan turut dihadiri oleh YB Dato’ Hajjah Siti Zailah binti Mohd Yusoff, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan.

Bencana berganda cetusan impak perubahan iklim pada Monsun Timur Laut (MTL) 2021/2022 telah mengakibatkan kadar kerugian ekonomi sebanyak RM29.8 juta di Negeri Kelantan dengan 87.5% direkodkan di Jajahan Pasir Mas dengan 46% mukim dan 140,000 orang terjejas. Bencana rentas sempadan turut mengakibatkan 13 daerah terjejas di Wilayah Narathiwat, Thailand.

Inisiatif berimpak tinggi ini merupakan usaha pihak MERCY Malaysia dan Disaster Preparedness and Prevention Center (DPPC), Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur melalui kerjasama strategik bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Jabatan Perdana Menteri dan sokongan Bahagian Pengurusan Bencana Negeri Kelantan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah, Pejabat Jajahan Pasir Mas, organisasi bukan kerajaan, badan-badan profesional, ketua-ketua masyarakat, dan komuniti rentan terpilih.

Sesi Lawatan Tapak (Penilaian & Pembelajaran Lapangan) @ Resilience Living Lab Pasir Mas Tema 1: Strategi DRR Bencana Rentas Sempadan

Sesi Lawatan Tapak (Penilaian & Pembelajaran Lapangan) @ Resilience Living Lab Pasir Mas Tema 2: Pemulihan Penempatan Berdaya Tahan

Sesi Lawatan Tapak (Penilaian & Pembelajaran Lapangan) @ Resilience Living Lab Pasir Mas Tema 3: Agenda Bangkit-Lebih-Baik (Build-Back-Better)

Sesi Lawatan Tapak (Penilaian & Pembelajaran Lapangan) @ Resilience Living Lab Pasir Mas Tema 4: Infrastruktur Kritikal Berdaya Tahan & Water, Sanitation & Hygiene (WASH)

Platform PDNA adalah kaedah unik dalam pendataan dan pemetaan keperluan selepas bencana ke arah menyokong pembinaan fasa pemulihan bencana yang lebih berdaya tahan selaras pemakaian agenda Bingkas-Bangkit dengan Lebih Baik (Build-Back-Better) seperti yang termaktub dalam UNDRR Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030. Keutamaan dan komitmen PDNA adalah yang dibentangkan, antaranya;

  • Membangunkan keadah pendataan PDNA berorientasikan teknologi dalam penyaluran bantuan bencana berasaskan keperluan secara bersasar dan berimpak
  • Meningkatkan keupayaan fasa pemulihan bencana berteraskan data “keperluan” yang disokong oleh data kerosakan dan kerugian ekonomi akibat bencana
  • Mempromosikan pendekatan transdisplinari dalam penilaian pasca bencana secara bersepadu yang dipacu komuniti rentan
  • Menyemak pemakaian agenda “Build-Back-Better” menerusi platform pelbagi sektor, Resilience Living Lab di kawasan rentan
  • Mengangkat gagasan nasional terhadap pemakaian model pemulihan bencana berdaya tahan berorientasikan data lapangan, penilaian teknikal dan keperluan selepas bencana cetusan impak perubahan iklim

Dalam memperingati tragedi bah kuning 10 tahun (2014-2024) di Negeri Kelantan dan menyokong agenda pengurangan risiko bencana rentas sempadan, program berimpak dan platform multi-disiplinari yang disediakan ini menyokong pelaksanaan aktiviti kesiapsiagaan dan pengukuhan sektor pemulihan bencana berdaya tahan rentas kepakaran dalam memberikan tumpuan terhadap pengumpulan dan pengupasan data teknikal, laporan statistik, bukti lapangan dan keperluan bersasar selaras dengan sasaran global, aspirasi serantau dan komitmen nasional terhadap pengurangan risiko bencana dan pengukuhan daya tahan tempatan.

Webinar Series Highlights Experience in Utilization of X-Band Polarimetric (XBP) for radar Disaster Risk Reduction and Resilience (DR3)

Webinar Series Highlights Experience in Utilization of X-Band Polarimetric (XBP) for radar Disaster Risk Reduction and Resilience (DR3)

Kuala Lumpur, 2nd July 2024 – The Disaster Preparedness and Prevention Center (DPPC), Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) successfully hosted the “Sendai 2030: DPPC Webinar Series focusing on the utilization of X-Band Radar Polarimetric (XBP) radar for Disaster Risk Reduction and Resilience (DR3) with the support of Universitas Gadjah Mada (UGM), Indonesia, Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat, Indonesia and Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan.

The webinar series which took place virtually via Cisco Webex, gathered a diverse audience of policymakers, city planners, disaster managers, professionals, practitioners, researchers and students. A total 106 participants joined the webinar aiming to enhance scientific knowledge, foster innovation and promote educational networking in the application of disaster science and technology.

Feel free to revisit any part of the discussion or share it with your colleagues who may have missed the live session on DPPC YouTube Channel: https://youtu.be/K9fApd44pws?si=JjJ8ASSeKbtJ1UwB 

The XBP radar system, a major emphasis of the webinar, is known for its dual polarisation capabilities, which provide high-resolution data required for reliable weather monitoring. This device, which was originally implemented at UTM Pagoh Campus in October 2023, has proven beneficial in gathering real-time data on rainfall distribution for 1-2 minutes, assisting with disaster preparedness and response activities. Rainfall data in.csv and.png formats were collected alongside other seven categories of data, such as raindrop velocity across a 70-kilometer radius encompassing four states (Johor, Melaka, Negeri Sembilan, and Pahang).

The webinar featured noteworthy experts from several institutions who offered their knowledge and experience with XBP radar technology. Dr. Nooradilla Abu Hasan, a senior lecturer at UiTM Seremban and an associate member of the DPPC, moderated the webinar. Prof. Ir. Dr Adam Pamudji Rahardjo of Universitas Gadjah Mada, Indonesia, was the webinar’s first presenter, discussing his research on employing X-Band Multi-Parameter (MP) radar based on his experience on the mount Merapi slope. His research focused primarily on raindrop intensity and was supported by Doppler velocity measurements.  He also noted that incorporating 3D structures or droplets in nowcasting is critical for improving our understanding of flash flood early warnings.

Prof Ir Dr Adam Pamudji Rahardjo from Universitas Gadjah Mada, Indonesia presented his research in Utilizing X-Band MP Radar Data

Dr. Santosa Sandy Putra from Balai Teknik Sabo, Kementerian Pekerjaan Umum Republik, Indonesia, presented a real-world case study of the Merapi Volcano Area, Indonesia, on the use of XBP radar to reduce catastrophe risk. Following the volcanic erosion, the Indonesian government erected the EWR E700 PDR Series Portable Doppler Radar at Balai Teknik Sabo in 2012, followed by the WR-2100 X-Band MP at Museum Merapi in 2014 as part of the Merapi SATREPS Project. He has highlighted the establishment of an institution as well as the building of collaborations with numerous authorities in order to investigate the use of the X-Band MP’s rain performance.

Dr Santosa Sandy Putra from Balai Teknik Sabo, Kementerian Pekerjaan Umum Republik, Indonesia, presented a real-world case study of the Merapi Volcano Area, Indonesia

The DPPC has met with stakeholders such as the National Flood Forecasting and Warning Centre (PRABN) and the Malaysian Meteorological Department (Met Malaysia), both of whom expressed interest in employing XBP radar to forecast and nowcast weather. Through this webinar, Dr. Khamarrul Azahari Razak, Director of DPPC, stated that DPPC welcomes stakeholders to share ideas for future improvements and collaboration in support of our commitment to the Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030 (SFDRR2030) and insight on current technology for Disaster Risk Reduction and Resilience (DR3).

Professional Training: Learned Disaster Management Cycle on the Healthcare System

Professional Training: Learned Disaster Management Cycle on the Healthcare System

Disaster Preparedness and Prevention Center (DPPC), Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) is pleased to announce the successful completion of the Certified Professional Training (CPT) – Healthcare in Emergencies & Rehabilitation, held in conjunction with Master of Disaster Risk Management (MDRM) postgraduate program. The intensive training program ran form 6th May to 17th May with strong support from Emergency and Trauma Department of Hospital Selayang and invited subject matter experts to deliver the training’s module.

Practical session on Emergency Medical Response for Chemical, Biological, Radiological, Nuclear and Explosive (CBRNE)Incidents by Dr Hazlina Mohamad Noh at Hospital Selayang.

CPT’s participants and MDRM’s students are from diverse backgrounds, including healthcare, emergency response, and disaster risk management, participated in the training. The participants engaged in a series of lectures, workshops, and practical session designed to enhance their capabilities in managing healthcare systems during and after disasters.

The training session started with first module, webinar session on Emergency Response for Chemical, Biological, Radiological, Nuclear and Explosive (CBRNE) Incidents by Datuk Dr Hj Mohamed Alwi Hj Abdul Rahman, Emergency Physician as well as Adjunct Professor at MAHSA University.

This was followed by modules led by Dr Hazlina Mohamad Noh, Head of Disaster Medicine Unit, Trauma and Emergency Department Hospital Selayang experts in disaster medicine. During those two days training, Dr Hazlina providing participants with valuable insights and training on Emergency Medical Response for Chemical, Biological, Radiological, Nuclear and Explosive (CBRNE) Incidents.

Participants took part in scenario-based exercises that simulated CBRNE incidents, allowing them to apply their learning in an emergency response. These exercises focused on learning stations set-up by Selayang Emergency Department Team consists of Cardiopulmonary Resuscitation (CPR), Airway Circulation, Triage, Case Scenario Simulation and Patient Transport. Participants also got a chance to see exclusive demonstration on decontamination for ambulatory and non-ambulatory at Hospital Selayang.

The training session continued with Water, Sanitation and Hygiene (WASH) Response module conducted by Assoc. Prof Dr Aznah Nor Anuar, Deputy Director DPPC. The topics covered Responsibility of Disaster Risk Manager, WASH Life Support Kit, Innovation Technology and Water Quality Assessment. Participants reported a significant improvement in their understanding water quality assessment and microbial assessment. Participants took the water sampling at Resilience Living Lab, Hulu Langat Selangor and Masjid Al-Muttaqin, Kuala Lumpur. The analysis was done at Microbiological Water Laboratory assist by DPPC laboratory staff’s Mrs Nurain, Mr. Islah and Ms. Kamalia.

Other modules that were also included in this training package were Mental Health and Psychosocial Supports by Dr Hariyati Shahrima Abdul Majid, a Consultant Psychologist (Health) from IJN College and module on Management of Dead Bodies After Disaster by Assoc. Prof. Dr. Siti Uzairiah Mohd Tobi, Research Fellow of DPPC.

Mr Low Hann Sen, Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam (ASPA), Angkatan Pertahanan Awam (APM), remarked, “The content of packaged a CBRNE course was wonderful with the lifesaving intervention include control hemorrhage, open airways (asphyxiation), chest decompression and injection antidotes”.

Mr Suffian Mohd Salleh, Environmental Health Officer, Ministry of Health (MOH), Malaysia

Building on the success of this training, DPPC plans to offer advanced modules and continuous professional development opportunities to further enhance the skills and knowledge of disaster risk management professionals.

Inisiatif Memperkasakan Kompentensi Bidang Perancangan Bandar melalui Kursus Asas Penilaian Bandar Berdaya Tahan

Inisiatif Memperkasakan Kompentensi Bidang Perancangan Bandar melalui Kursus Asas Penilaian Bandar Berdaya Tahan

Disaster Preparedness and Prevention Center (DPPC), Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dilantik dan diberikan kepercayaan untuk mengendalikan Kursus Asas Penilaian Bandar Berdaya Tahan oleh Institut Latihan Dewan Bandaraya (IDB) Kuala Lumpur yang dilaksanakan pada 15-16 Mei 2024. Kursus Asas melibatkan 20 orang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang melibatkan wakil pelbagai jabatan seperti Jabatan Perancangan Bandaraya, Jabatan Pengangkutan Bandar, Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar serta Perpustakaan Kuala Lumpur.

Kursus profesional ini merupakan sebahagian daripada komitmen DPPC (MJIIT-UTM) terhadap agenda nasional dalam usaha memperkasakan kapasiti pelbagai penggubal polisi, perancang bandar, pihak pemegang taruh tempatan dan komuniti terdedah bagi mengelakkan berlakunya risiko bencana pada masa hadapan. Tragedi Taufan Rai yang membadai kawasan bandar-bandar utama pada Disember 2021 y7ang menyaksikan taburan hujan yang ekstrim dan banjir berskala besar dengan kerugian ekonomi di kawasan sekitar Lembah Klang. 

“Tidak mengira latar belakang setiap daripada kita perlu mengangkat komitmen kerajaan Malaysia terhadap agenda global dan aspirasi sejagat seperti mana termaktub pada Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030 (SFDRR 2030) terutamanya dalam mengurangkan risiko bencana, mengelakkan risiko mendatang dan memperkasakan daya tahan di Malaysia” – Dr Khamarrul Azahari Razak, Pengarah DPPC MJIIT-UTM

DPPC MJIIT-UTM dengan kerjasama dengan kerjasama Institut Sultan Iskandar UTM (ISI-UTM), Institut Geologi Malaysia (IGM), Persatuan Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADIM) dan Persatuan Bencana Geologi dan Daya Tahan Komuniti (NGDRC) dan Enforcement, Leadership and Management University (ELMU) telah merekabentuk dan membangunkan modul latihan khusus kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pelbagai pihak pemegang taruh dalam pembangunan dan penilaian bandar berdaya tahan pada tahun 2024. Enam (6) modul kursus pembelajaran dan pengajaran telah dikendalikan oleh penceramah dan jurulatih profesional semasa sesi kursus tersebut.

Modul 1: Agenda Global dan Aspirasi Nasional Terhadap Pengurangan Risiko Bencana dan Daya Tahan 2030

Kursus ini seiring dengan Matlamat 4: Kuala Lumpur Bandar Raya Pintar Iklim dan Rendah Karbon yang dirangka di dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2024. Matlamat ini memberi fokus kepada pengurusan, perancangan dan pembangunan. Ia merangkumi langkah-langkah adaptasi dan mitigasi terhadap kesan bencana alam dan perubahan iklim serta kecekapan dalam pengurangan pelepasan karbon dan pengurusan sumber bandar. Salah satu daripada tindakan utama Matlamat 4 adalah penghasilan Pelan Tindakan bagi Mitigasi dan Adaptasi ke Arah Daya Tahan Terhadap Perubahan Iklim dan Pelan Pengurusan Risiko Bencana

Modul 2: Pembangunan Bandar dan Komuniti Berdaya Tahan: Prinsip, Konsep Model, Penanda Aras dan Strategi

YBhg. Dato’ Zakaria Mohamad, pengerusi Persatuan Bencana Geologi dan Daya Tahan Komuniti (NGDRC) bersama Dr Khamarrul Azahari Razak mengendalikan Modul 3: Pemetaan Bahaya Baru Muncul, Risiko Sistemik dan Bencana Berganda. Modul 3 turut melibatkan aktiviti berkumpulan Disaster Imagination Games (DIG) berdasarkan senario terburuk bencana berasaskan empangan, taufan, air, sedimen di kawasan perbandaran, bandar warisan dunia dan geopark.

“Penilaian bandar berdaya tahan membantu penyelidik memahami risiko bencana berdasarkan penanda aras senario terburuk yang pernah berlaku di Malaysia dan luar negara. Selain itu, saya juga mengetahui jenis bencana berganda disebabkan aliran puing dan impaknya”. – Peserta Kursus Asas Penilaian Bandar Berdaya Tahan 2024

Dr Wan Nurul Mardiah Wan Mohd Rani, Timbalan Pengarah II, Institut Sultan Iskandar (ISI) memberi penekanan kaedah Community Disaster Resilience Indeks (CDRI) pada sesi Modul 4 – Penilaian Bandar Berdaya Tahan: Kaedah, Metodologi dan Prinsip Utama.

Borang Penilaian Community Disaster Resilience Indeks (CDRI)

Hari kedua pada 16 Mei 2024 dimulakan dengan sesi refleksi Modul 1-4 dan diteruskan dengan Modul 5 Pemerkasaan Local Champion dan Tindakan Setempat menerusi program Pengurangan Risiko Bencana yang Dipacu oleh Komuniti (Community-Led Disaster Risk Reduction, CLDRR). CLDRR direjuvenasikan yang dahulunya dikenali sebagai Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Community (Community-based Disaster Risk Management, CBDRM).

TPr Ezrein Faizal bin Ahmad, Pegawai Perancang Bandar, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Seksyen Alam Sekitar dan Pengurusan Risiko PLANMalaysia menyampaikan modul 5 berdasarkan pengalaman pelaksanaan CBDRM dalam penyediaan rancangan tempatan.

Sesi sebelah pagi turut disertakan dua slot perkongsian tambahan iaitu Slot Perkongsian 1: Kecemasan dan Bencana Kesihatan oleh Dr Hj Mohd Rashidi Abdul Salam, ahli bersekutu DPPC. Slot Perkongsian 2: Indeks Kerapuhan Terhadap Infrastruktur Kritikal Wilayah Greater Kuala Lumpur Zon Sesar, Malaysia oleh Sr Gs Ts Dr Rabieahtul Abu Bakar, ahli bersekutu DPPC.

Modul 6 Pembangunan Mampan Berasaskan Risiko dan Budaya Berdaya Tahan: Komitmen Bersama dan Hala Tuju diterjemahkan dalam aktiviti berkumpulan. Modul 6 dikendalikan oleh Prof Madya Ir Ts Dr Sumiaty Ambran, Pengurus Sangaku Renkei MJIIT UTM. Para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan untuk merangka Strategi, Tindakan dan Hala Tuju berdasarkan senario terburuk kejadian bencana yang diusulkan melibatkan Empangan Batu dan Kampung Pasir.

Semoga Kursus Asas Penilaian Badar Berdaya Tahan diteruskan melalui kursus lanjutan untuk memperkasakan kompentensi para peserta dalam kod bidang perancangan bandar. Secara tidak langsung melaksanakan komitmen kerajaan berdasarkan konsep global yang digariskan oleh SFDR2030.

DPPC Technical Staffs facilitates Japanese Students  on Global Project Based Learning – Water Quality Awareness

DPPC Technical Staffs facilitates Japanese Students on Global Project Based Learning – Water Quality Awareness

From 29th February 2024 until 9th March 2024, the technical team of Disaster Preapredness and Prevention Centre (DPPC), Malaysia-Japan International Institute of Technology from the Laboratory of Water and Microbiology, was involved as facilitator for the Global Project-Based Learning. They were also assisted by the Deputy Director of DPPC, Associate Professor Dr. Aznah Nor Anuar.

Global Project-Based learning is a program that is being conducted between Shibaura Institute of Technology (SIT) with Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT). With environmental theme, the students will evaluate the environmental quality around Kuala Lumpur. There are two modules related to the environmental and throughout the program, the students will undergo experimental works based on the modules. By the end of the program, the participants will be presenting the results obtained.

DPPC was involved in facilitating the students for one of the module, on Water Quality Awareness. In this module, students learned how to assess water quality using fieldwork instruments and conduct laboratory analysis of the water sample. To be specific, the learning approach is project-based learning on Sustainable Water Management for Urban Garden. The project area is located at the downstream area of Bunus River. Currently, the Bunus urban garden is utilising tap water for plant irrigation, but community have plan to utilise water from Bunus River in future. However, the water quality is questionable due to urbanization and human activities surrounding the area of Bunus River. Therefore, a water quality assessment needs to be conducted to identify the feasibility and recommendations required if any treatment is needed before the community can utilise the water.

DPPC technical team feels excited having this kind of opportunity, conducted fieldwork and co-learning with students utilizing DPPCs’ lab facilities for clean water awareness activity, as one of the risk management focused areas of Disaster Prevention and Preparedness Centre.

Mr. Islah assisting student on water sampling procedure at Bunus River

Madam Nurain assisting students in utilising fieldwork instruments for water quality assessment

Miss Kamalia assisting students for laboratory analysis work

Group photo of DPPC technical team with SIT and MJIIT students at Bunus Urban Garden after fieldwork