+6 03 2203 1517 mjiit@utm.my
Select Page

Program Minggu Sains dan Teknologi untuk Pengurangan Risiko Bencana dan Daya Tahan (Science and Technology Disaster Risk Reduction and Resilience Week, STDR3) yang akan dilaksanakan di Kundasang, Sabah pada 3 hingga 6 Oktober 2023 dengan kerjasama strategik dan sokongan pelbagai pihak:

  • Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Malaysia
  • Disaster Preparedness and Prevention Center (DPPC), Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT),Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
  • Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah
  • Pejabat Daerah Ranau
  • Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Ranau
  • Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
  • Jabatan Mineral dan Geosains (JMG)
  • UNICEF Malaysia
  • Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Asian Disaster Reduction Center (ADRC) Kobe Jepun
  • National Disaster Research Centre (NDRC)
  • Universiti Malaysia Sabah
  • MERCY Malaysia
  • Komuniti Dumpiring dan Mesilau serta penduduk Kundasang, Sabah

Pelaksanaan program minggu STDR3 adalah bertujuan untuk:-

  1. Memperkasakan jaguh setempat, pihak berkepentingan, pembuat keputusan dan komuniti rentan melalui program kesiapsiagaan pengurangan risiko bencana.
  2. Melaksanakan aktiviti DRR dipacu komuniti (CLDRR) dengan menyediakan maklumat keselamatan, amaran awal serta meningkatkan pengetahuan pengurusan risiko bencana (DRM) dengan integrasi teknologi ICT dan kajian kes dari negara Jepun dan Asia Pasifik.
  3. Mempertingkat komunikasi risiko kepada komuniti setempat menerusi penggunaan kaedah Disaster Imagination Games (DIG), Sesi RAPID (Resilience Almanac & Preparedness in Disaster) dan medium ICT .
  4. Mempertingkatkan kerjasama dengan menjalankan perbincangan dan pemantauan dengan lebih kerap di antara ahli akademik/penyelidik universiti dengan agensi pemegang taruh di peringkat persekutuan, negeri, pihak berkuasa tempatan dan komuniti yang terkesan
  5. Melancarkan Resilience Living Lab Kundasang Sabah untuk pembinaan daya tahan komuniti yang terdedah kepada pelbagai bencana seperti gempa bumi, tanah runtuh, aliran puing, runtuhan batuan, dan sebagainya.
  6. Menggalakkan pendidikan kesiapsiagaan bencana untuk murid sekolah menggunakan pendekatan belajar melalui kaedah permainan unik.
  7. Menghasilkan modul pembelajaran DRR yang terbaik dengan jalinan kerjasama antara pelbagai entiti rentas sektor dan kepakaran.
  8. Menyokong konsep Build-Back-Better ke arah ekonomi dan komuniti setempat dengan melibatkan diri dengan pembekal tempatan dan aktiviti pelancongan.