Bengkel Pemulihan Bencana Berdaya Tahan (Penilaian Keperluan Pasca Bencana, PDNA) merupakan inisiatif pihak MERCY Malaysia dan Disaster Preparedness and Prevention Center (DPPC), Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur melalui kerjasama strategik bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Jabatan Perdana Menteri dan sokongan Bahagian Pengurusan Bencana Negeri Kelantan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah, Pejabat Jajahan Pasir Mas, organisasi bukan kerajaan, badan-badan profesional, ketua-ketua masyarakat, dan komuniti rentan terpilih.

