+6 03 2203 1517 mjiit@utm.my
Select Page

Webinar Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana Berganda: Pandemik COVID-19 & Banjir

Tarikh: 23 September 2021 (Khamis)

Masa: 10.00 am – 1.00 pm

VIA WEBEX PLATFORM

The Disaster Preparedness & Prevention Centre (DPPC), Malaysia – Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur akan mengadakan Webinar Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana Berganda: Pandemik COVID-19 & Banjir dengan tema Memperkasakan sains dan teknologi dalam program pengurangan risiko bencana, keselamatan empangan dan daya tahan komuniti yang akan diadakan pada 23 September 2021 menerusi platform WEBEX. Objektif webinar ini adalah seperti berikut:

  1. Memahami ancaman bencana berganda dan usaha-usaha kerajaan dalam menangani impak bencana berganda, serta peranan pihak-pihak berkepentingan;
  2. Meninjau isu setempat dan menerokai solusi yang kos efektif dalam menghadapi bencana berganda yang turut mengambilkira aspek keselamatan empangan;
  3. Menyediakan platform pelbagai agensi dan pihak pemegang taruh dalam memperkukuh kesiapsiagaan bencana dalam memberi tindak balas yang berkesan di semua peringkat agensi termasuk kawasan dan komuniti yang rentan;
  4. Memperkukuhkan pemahaman sistem amaran awal, komunikasi risiko, respon awal dan juga konsep ‘build-back-better’ pada fasa pemulihan yang pantas;
  5. Menilai tahap kesiapsiagaan agensi kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan masyarakat yang rentan terhadap wabak COVID-19 dan risiko bencana banjir termasuk pengurusan risiko bencana yang berasaskan empangan

Seramai 5 penceramah jemputan dijemput ke webinar ini untuk berkongsi ilmu dan pengalaman mereka, iaitu:

  1. Dr. Khamarrul Azahari Razak, Disaster Preparedness & Prevention Centre, Malaysia-Japan International Institute of Technology, Universiti Teknologi Malaysia
  2. En. Sapian Mamat, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
  3. Lt. Kol. (PA) Lokman Hakim Abdul Rahman, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
  4. Tn. Hj. Rahsidi Sabri Muda, Tenaga Nasional Berhad Research (TNBR) Sdn. Bhd.
  5. Tn. Hj. Ir Ahmad Afzainizam Mokhtar, TNB Power Generation Sdn Bhd, Tenaga Nasional Berhad

Berikut ialah agenda webinar dan nota konsep webinar tersebut: