+6 03 2203 1517 mjiit@utm.my
Select Page

A LEADING JAPAN – ORIENTED ENGINEERING EDUCATION

MALAYSIA-JAPAN INTERNATIONAL INSTITUTE OF TECHNOLOGY (MJIIT) SEBAGAI PENERAJU GLOBAL PENDIDIKAN KEJURUTERAAN BERORIENTASI JEPUN

 

Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) merupakan salah sebuah fakulti di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).  Berdasarkan aspirasi polisi Pandang ke Timur (Look East Policy), MJIIT telah ditubuhkan pada 26 Mei 2010. Dengan matlamat untuk menawarkan pendidikan kejuruteraan berorientasikan gabungan budaya Timur dan nilai-nilai murni dua Negara, seiring inspirasi kejayaan menguasai ekonomi dunia hasil ketekunan, disiplin serta kegigihan masyarakat Jepun yang disertai dengan  sokongan konsortium yang dianggotai oleh 29 buah Universiti Jepun, MJIIT adalah merupakan Peneraju Global Pendidikan Kejuruteraan Berorientasi Jepun.
 
 
MANDAT SERTA AUTONOMI KEPADA MJIIT
Persetujuan terhadap penubuhan MJIIT sebagai sebuah fakulti di UTM adalah berasaskan kepada keputusan Mesyuarat Kabinet Malaysia yang antaranya mempersetujui bahawa:

i) MJIIT akan dibangunkan di UTM Kuala Lumpur sebagai sebuah institusi berautonomi di bawah UTM;
ii) MJIIT mengenakan yuran pengajian berdasarkan harga pasaran semasa yang kompetitif sebagai sumber utama pendapatannya;
iii) MJIIT menjadi alternatif untuk mengurangkan kos menghantar pelajar ke Jepun.
 
 

KEISTIMEWAAN, KEUNIKAN SERTA NILAI TAMBAH MJIIT
MJIIT adalah sebuah fakulti yang mempunyai autonomi serta program kejuruteraan yang unik di UTM. MJIIT turut menawarkan pelbagai kelebihan, kemudahan, keistimewaan serta bantuan kewangan kepada pelajar melalui penawaran program mobiliti global yang melibatkan universiti-universiti serta rakan industri di Jepun, latihan industri di Jepun bagi pelajar yang mempunyai prestasi cemerlang, kursus-kursus lanjutan penguasaan Bahasa Jepun serta pelbagai peluang pembelajaran yang berorientasikan pendidikan Jepun seperti berikut:

i) Global Mobility Program (GMP)
Pelajar yang membayar yuran penuh bermula semester 2016/2017 akan terlibat dalam Global Mobility Program (GMP). Pelajar akan ditaja oleh MJIIT dengan kos sebanyak RM10,000 seorang merangkumi kos tambang kapal terbang, insuran, penginapan, pengangkutan dan elaun berkaitan. Ini termasuk kelebihan pindahan kredit bagi subjek yang di ambil sepanjang program namun haruslah menepati 80 peratus kesamaan silibus di antara UTM dan rakan universiti di Jepun.

ii) Bantuan Kewangan (Financial Assistance)
Bagi pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan, iaitu pelajar-pelajar kumpulan B40 dan M40, MJIIT menyediakan dan menawarkan bantuan kewangan bagi membolehkan pelajar-pelajar ini belajar di sebuah institusi yang mempunyai hubungan langsung dengan Jepun. Oleh itu, bagi pelajar yang mengikuti program MJIIT, bantuan yang diberikan akan memberi manfaat pendidikan yang  memberikan keistimewaan kepada MJIIT berbanding fakulti lain di UTM mahupun skim pendidikan lain di Malaysia.

Walau bagaimanapun, bantuan kewangan tersebut akan diberhentikan sekiranya pelajar kemudiannya mendapat tawaran daripada JPA, MARA atau badan tajaan lain pada jumlah yang mencukupi untuk membayar yuran bagi meneruskan pengajian di MJIIT. Namun, pelajar tidak perlu membayar balik jumlah bantuan yang telah diberikan oleh MJIIT.

Pelajar yang menerima bantuan kewangan daripada MJIIT berpeluang untuk menghadiri program-program di Jepun seperti Summer School,  JENESYS Program (Japan-East Asia Network of Exchange for Students and Youths) dan Sakura Exchange Program (dimana pemilihan pelajar adalah tertakluk kepada pencapaian akademik terkini). Selain itu, MJIIT menyediakan kemudahan pengajian seperti makmal berteknologi tinggi yang merangkumi kesemua disiplin kejuruteraan yang ditawarkan.

iii) Japanese-Oriented Engineering Education
Lanjutan daripada program pendidikan kejuruteraan berorientasikan Jepun yang disokong oleh konsortium yang dianggotai oleh 29 buah universiti Jepun, MJIIT telah berjaya melaksanakan usaha penambahbaikan berterusan terhadap pengalaman pembelajaran yang berorientasikan budaya dan etika Jepun. Antara inisiatif yang telah diambil termasuklah kerjasama dengan Akademi Bahasa UTM dalam penawaran kelas Bahasa Jepun dan pihak sukarelawan Jepun di MJIIT. MJIIT turut mendapat sokongan penuh daripada Japan International Cooperation Agency (JICA) yang mempunyai pejabat pengurusan sendiri di MJIIT.

Melalui program ini, MJIIT menawarkan peluang kepada pelajar untuk mengambil modul Japanese Language Proficiency Test (JLPT) pada tahap N5 pada tahun kedua pengajian selepas pelajar memenuhi syarat Bahasa Jepun modul 1, 2 dan 3. Selain itu, pelajar turut berpeluang untuk meneruskan modul JLPT N4 yang mana sijil N5 dan N4 adalah merupakan salah satu syarat yang diperlukan oleh pihak industri untuk mendapat peluang pekerjaan di Jepun. Inilah antara keunikan MJIIT berbanding fakulti lain di UTM selain pendedahan modul Ningen-Ryoku di dalam sistem pembelajaran yang menekankan kemahiran insaniah di dalam pengajaran dan pembelajaran.

iv) Kemudahan Pembelajaran
Pelbagai kemudahan pembelajaran dan pengajaran yang melibatkan makmal berteknologi tinggi melalui pendekatan Sangaku Renkei Laboratory turut disediakan di MJIIT hasil kerjasama dengan pihak industri.  Antara kemudahan utama adalah 72 makmal penyelidikan mengikut pengkhususan kumpulan penyelidikan berkonsepkan budaya Jepun iaitu iKohza. Pengurusan iKohza ini melibatkan professor dari Jepun yang bertugas di MJIIT selain sumbangan industri kepada iKohza seperti makmal penyelidikan Takasago, makmal penyelidikan bersama Universiti Yamaguchi, JASTIP Joint Laboratory di bawah Disaster Preparedness and Prevention Center (DPPC) dan makmal penyelidikan pengurusan bencana.

v) Sokongan daripada negara Jepun
Negara Jepun memberikan sokongan padu kepada program Pendidikan MJIIT melalui hubungan langsung Japanese University Consortium (JUC) oleh 29 Universiti Jepun, penubuhan dan operasi Pejabat JICA di MJIIT dan kerjasama industri melalui The Japanese Chamber of Trade & Industry, Malaysia (JACTIM). JACTIM telah menawarkan pelbagai peluang latihan industri dan pekerjaan kepada pelajar dan graduan MJIIT sama ada di Malaysia mahupun di Jepun. Selain itu, pihak Kedutaan Jepun di Malaysia turut memberikan pelbagai sokongan melalui acara tahunan MJIIT seperti program Premier Lecture oleh Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad, program Japan Day dan  Leadership Lecture oleh His Excellency Ambassador of Japan to Malaysia.

 

KOMITMEN UTM SERTA KERAJAAN MALAYSIA MEMBERIKAN PENDIDIKAN BERKUALITI MELALUI SUBSIDI PENGAJIAN DI MJIIT

Selain keistimewaan yang ditawarkan serta nilai tambah signifikan yang tidak terdapat di fakulti lain di UTM mahupun di universiti lain seperti yang telah dinyatakan, pihak UTM dan kerajaan Malaysia sangat komited untuk memberikan pendidikan berkualiti serta bernilai tinggi yang terbaik kepada pelajar pada kos yang berpatutan.  Kos sebenar untuk mengikuti pengajian tanpa subsidi di MJIIT adalah RM 79,868 untuk 4 tahun atau 8 semester. Namun pihak universiti telah bersetuju untuk menanggung 49 peratus daripada yuran berkenaan, sekaligus mengurangkan yuran yang dikenakan kepada pelajar MJIIT kepada RM 40,000 untuk 4 tahun atau 8 semester. Pada 16 Mei 2016, Jawatankuasa Kewangan UTM telah meluluskan cadangan kenaikan yuran pelajar MJIIT berjumlah sebanyak RM5,000 untuk setiap semester (bagi pengambilan pelajar semester 2016/2017 dan seterusnya).  Kadar Yuran MJIIT yang baharu ini telah mendapat persetujuan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia pada tahun yang sama.
 
 

KE ARAH MEMBANGUNKAN NEGARA MALAYSIA YANG MAJU
Berdasarkan peluang pembelajaran serta pengajaran berkualiti dan bernilai tinggi yang ditawarkan kepada pelajar MJIIT, adalah menjadi hasrat dan aspirasi UTM dan Malaysia agar MJIIT menjadi Peneraju Global Pendidikan Kejuruteraan Berorientasi Malaysia-Jepun, seterusnya memenuhi aspirasi Polisi Pandang ke Timur Malaysia bagi membangunkan sebuah negara maju yang mengamalkan nilai-nilai Timur yang murni berpaksikan ketekunan, disiplin serta kegigihan hasil silang budaya Malaysia –Jepun demi kelangsungan kejayaan sosial dan ekonomi Negara di persada dunia.

 


 

English Version

MALAYSIA-JAPAN INTERNATIONAL INSTITUTE OF TECHNOLOGY (MJIIT), THE GLOBAL LEADER OF JAPANESE-ORIENTED ENGINEERING EDUCATION

 

Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) is one of the faculties in  Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Emerged from the Look East Policy implementations, MJIIT was established on 26 May 2010. With the aim to offer engineering education, upholding the East culture and values from two countries; inspired by the success of dominating the world economy due to the perseverance and strong discipline of the Japanese,   MJIIT is the global leader for the Malaysia- Japan oriented engineering education which is supported by 29 Japanese universities.

 

The mandate and autonomy to MJIIT

The agreement for the establishment of MJIIT as a faculty in UTM is based on the Malaysia Cabinet Meeting, among which the Cabinet has agreed to:

i) Establish MJIIT in UTM Kuala Lumpur as an autonomous institute under UTM;
ii) Charge a tuition fee based on the current competitive market prices as its source of income;
iii) Acknowledge MJIIT as an alternative institution of choice to reduce the cost of sending students to Japan.

The specialties, uniqueness and  value added of MJIIT

MJIIT is a faculty that has the autonomy and unique engineering programs in UTM. It offers unique facilities, specialties and financial assistance to students through programs such as the global mobility   enabling students to be attached for academic programs and/or industrial training at  universities and industrial partners in Japan, opportunity to attend  Japanese language courses and participating in various Japanese oriented education experiences as follows:

i) Global Mobility Program (GMP)

Beginning in Semester 1 2016/2017, the full-fee paying students are involved in the Global Mobility program (GMP). They are fully sponsored by MJIIT (RM10,000) for the expenses of  airline tickets, accommodations, transportations and other related allowances. These include the advantage of credit transfers for courses that are enrolled throughout the program but are required to conform to at least 80% equivalence in syllabus between UTM and partner universities in Japan.

ii) Financial Assistance

Students in  B40 and M40  categories are eligible to receive financial assistance from MJIIT as an opportunity for them to study at an institution that is supported by Japan universities. This privilege is only offered to MJIIT students and not to other faculties in UTM.

Nevertheless, the financial assistance will not be continued should students receive financial assistance from JPA, MARA or other institutions that render sufficient amount for them to complete their study in MJIIT. They are not required to return any amount of financial assistance already received from MJIIT.

Students who receive financial assistance from MJIIT are eligible to participate in various programs in Japan such as Summer School,  JENESYS Program (Japan-East Asia Network of Exchange for Students and Youths) and Sakura Exchange Program (where students selection is based on the current academic performance). Various facilities such as high-tech laboratories for all engineering disciplines are also provided.

iii) Japanese-Oriented Engineering Education

As an extension from the Japanese oriented engineering education supported by a consortium comprising of 29 Japanese universities, MJIIT is able to implement a continuous improvement on the education experience, with Japanese culture and ethics orientation. Among the initiatives include collaboration with UTM Language Academy in the Japanese Language course, the Japanese volunteers from MJIIT. MJIIT is strongly supported by the Japan International Cooperation Agency (JICA) with our very own JICA Office established at MJIIT.

Through this program, students are offered to undergo the Level 5 Japanese Language Proficiency Test (JLPT) module, in the second academic year after they have fulfilled the Japanese Language modules 1, 2, and 3. Students could also continue to study the JLPT N4 module, in which the N5 and N4 certificates       are among the requirements from the industry for students to work in Japan. This is among the uniqueness of MJIIT as compared to other faculties, in line with the the Ningen-Ryoku learning system which emphasises on humanities in teaching and learning.

iv) Learning facilities

MJIIT provides unique learning facilities which include Sangaku Renkei Laboratory via cooperations with Japanese industries. The facilities feature  72 research laboratories specializing in iKohza-based research areas. The management of iKohza involves professors from Japan who are currently attached to MJIIT, Takasago research laboratory, collaborative research with Yamaguchi University, JASTIP Joint Laboratory under the Disaster Preparedness and Prevention Center (DPPC) and disaster risk management laboratories.

v) Support from Japan

Japan supports MJIIT education programs through direct involvement of Japanese University Consortium (JUC) with 29 Japan universities, establishment of JICA Office in MJIIT and industrial collaboration with The Japanese Chamber of Trade & Industry, Malaysia (JACTIM). JACTIM offers various industrial trainings and work opportunities to students and MJIIT graduates in Malaysia and Japan. Furthermore, MJIIT receives strong collegial support from the Japanese Embassy in Malaysia through key events of MJIIT including Premier Lecture, Japan Day program, Leadership Lecture, career fair etc.

 

Commitment of UTM and the Malaysia government to provide quality education through subsidized rates in MJIIT

Besides the privileges mentioned above, UTM and the Malaysia government are committed to offer high quality education at reasonable rate to students. The actual program cost is RM 79,868 for 4 years or 8 semesters however UTM has agreed to subsidize 49% of the cost allowing chargeable fees of only RM40,000 for each student. On 16 May 2016, the finance committees of UTM has approved the new rate of RM5,000 per semester. This rate has been approved by the  Ministry of Higher Education.

 

Towards developing a developed country

With reference to the quality of teaching and learning provided, UTM and MJIIT aims to be the global leader of Malaysia-Japan oriented engineering education and fulfill the aspiration of the Look East Policy in making Malaysia a developed country based on the values of perseverance, discipline and persistence derived from cross-cultural Malaysia-Japan experiences.  These efforts are pertinent  for the continuity of Malaysia’s social and economic success.